PERSATUAN KEBUDAYAAN BAJAU SAMA SANDAKAN (PKBSS)

~ Memperjuangkan Budaya Bangsa Seantero Asia ~

PENARI TETAP

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Ahad: 18 Jun 2006
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

PKBSS yang baru ditubuhkan pada bulan Mei 2006 kini sedang giat untuk memantapkan team penari tetapnya. Menurut Yang Di-Pertua PKBSS, Tuan Haji Alipudin Haji Puyon, kumpulan penari tetap itu akan dianggotai oleh 20 orang penari tidak termasuk pemain muzik.

“Kita akan mewujudkan kumpulan penari tetap yang terdiri daripada 10 orang wanita dan 10 orang lelaki. Jumlah ini tidak termasuk pemain muzik. Kita berharap kumpulan penari tetap PKBSS ini akan dapat memberi contoh teladan kepada penari-penari lain yang tidak berada di dalam kumpulan ini”

Sehubungan dengan itu, PKBSS masih memberi ruang dan peluang kepada mana-mana individu Bajau yang ingin menganggotai kumpulan penari tetap PKBSS.

“Belia dan beliawanis Bajau yang ingin menganggotai kumpulan penari tetap PKBSS bolehlah menghubungi persatuan untuk uji bakat, sebelum diserap menjadi anggota kumpulan penari tetap PKBSS”, pelawa Tuan Haji Alipudin.

Satu kelebihan menjadi ahli kumpulan penari tetap PKBSS ialah mereka akan mewakili PKBSS secara rasmi dalam mana-mana acara jemputan atau persembahan sama ada yang diadakan di dalam mahupun di luar daerah Sandakan. Selain daripada itu, PKBSS turut memberi kelonggaran kepada ahli-ahli kumpulan penari tetapnya untuk menganggotai mana-mana kumpulan lain atau membentuk kumpulan tarian masing-masing di luar PKBSS.

Tuan Haji Alipudin juga turut menggalakkan belia dan beliawanis Bajau Sama di mana sahaja mereka berada untuk bergiat dalam kebudayaan dengan menubuhkan kumpulan kebudayaan masing-masing, khususnya kumpulan tarian.

“Perkumpulan kebudayaan seperti kumpulan tarian Bajau boleh menghindarkan belia dan beliawanis daripada terlibat dengan gejala-gejala negatif yang boleh merosakkan masa depan mereka. Justeru itu, adalah molek sekiranya belia dan beliawanis Bajau di negeri ini melibatkan diri dalam aktiviti seperti ini”, tegas Tuan Haji Alipudin lagi.

Selain daripada itu, sekiranya lebih ramai belia dan beliawanis terlibat dalam perkumpulan kebudayaan Bajau, ini akan memudahkan PKBSS untuk menganjurkan pertandingan pada masa akan datang.

~ Moderator ~

Jun 18, 2006 Posted by | Berita | Tinggalkan komen

Sumpah Seorang Pemimpin


Tuan Haji Alipudin Puyon

Originally uploaded by pkbs_sandakan.

“Kami mahu kebudayaan suku kaum Bajau Sama terserlah dan boleh dibanggakan di seantero Asia” – Tuan Haji Alipudin Puyon
[New Sabah Times: 25 Mei 2006]

Mei 28, 2006 Posted by | Mesej Pengarang | Tinggalkan komen

PKBSS MEMPERJUANGKAN BUDAYA BAJAU SAMA

PERSATUAN KEBUDAYAAN BAJAU SAMA SANDAKAN (PKBSS), yang diterajui oleh Tuan Haji Alipudin bin Puyon telah ditubuhkan pada Mei 2006. PKBSS ditubuhkan untuk memperjuangkan kebudayaan Bajau Sama di daerah Sandakan dan Sabah khususnya, dan di Asia Tenggara amnya.

“Kami mahu kebudayaan suku kaum Bajau Sama terserlah dan boleh dibanggakan di seantero Asia”, demikian harapan Tuan Haji Alipudin – (New Sabah Times: 25 Mei 2006) – dalam usaha mengangkat martabat budaya bangsa yang kini hampir dilupai oleh generasi muda.

Dianggarkan terdapat lebih daripada 50,000 orang masyarakat Bajau Sama tinggal di daerah Sandakan pada ketika ini iaitu kira-kira 40% daripada 380 orang penduduk Sandakan.

Bagi meralisasikan matlamat perjuangan PKBSS pelan tindakan sedang disusun dalam perancangan takwim aktiviti sepanjang tahun 2006. Ini termasuklah rancangan untuk membuat pelancaran atau perasmian secara sederhana yang dijangka diadakan sebelum bulan Ramadhan ini.

PKBSS pada masa ini diterajui oleh barisan kepimpinan yang diketuai sendiri oleh Tuan Haji Alipudin sebagai Pengerusi. Carta lengkap adalah seperti yang berikut:-

YANG DIPERTUA

Tuan Haji Alipudin bin Puyon

NAIB YANG DIPERTUA

Sdr Abdul Hamid Sabal

SETIAUSA

Sdr Abdul Sabul Johan

PENOLONG SETIAUSAHA

Sdr Mohamad Untung

BENDAHARI

Tuan Haji Awang Kadin

AHLI-AHLI JAWATANKUASA TERTINGGI

Sdr Jaafar Mustaffa
Tn. Hj. Hamdan Dikong
Sdr Amirbangsa Ambang
Tn. Hj. Abdul Razak Adam
Pn. Kasmah binti Jaafar
Pn. Rabiah Datuk Hj. Nahalan
Sdr Hassan Haji Sidek

Sementara itu, dan sebagai langkah pertama, satu kumpulan tetap penari telah ditubuhkan yang dianggotai oleh Cik Rabiatul Adawiyah Amirbangsa (17 Tahun), adik Mohamad Nurussalam Amirbangsa (15 Tahun), Cik Sabariah Mohammad (25 Tahun), Cik Arnih Rashid (18 Tahun) dan Cik Diana Asgar (16 Tahun).

Diharapkan dengan tertubuhnya PKBSS, nilai-nilai budaya masyarakat Bajau Sama dapat disemarakkan kembali khususnya di kalangan generasi muda. Malah penglibatan generasi mayarakat Bajau Sama dalam pelbagai perkumpulan budaya akan dapat menghindari mereka daripada terjebak ke dalam gejala-gejala sosial yang negatif seperti lepak dan membuang masa dengan berkeliaran di sekitar bandar tanpa matlamat yang jelas.

~ Moderator ~
E-mail: pkbs_sandakan@yahoo.com.my

Mei 28, 2006 Posted by | Berita | Tinggalkan komen

SELAMAT DATANG – Pengenalan Blog

SELAMAT DATANG ke blog Persatuan Kebudayaan Bajau Sama Sandakan (PKBSS). Blog ini disediakan sebagai menyokong usaha penubuhan PKBSS seterusnya menyebarkan maklumat dan perkembangan serta aktiviti-aktiviti yang telah sedang dan akan dilaksanakan oleh PKBSS.

Masyarakat Bajau Sama khususnya yang tinggal di daerah Sandakan amat dialu-alukan untuk mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti PKBSS demi mengangkat martabat kebudayaan bangsa yang hampir dilupakan oleh generasi muda.

~ Moderator ~
E-mail: pkbs_sandakan@yahoo.com.my

Mei 28, 2006 Posted by | Mesej Pengarang | 1 Komen

   

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.